Monday, 19 November 2012

Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati

assalamualaikum .. first time masuk contents mcm ni .. mari kita cuba .. sape yg nak join tu di persilakanlah .. :) hanya ikot step ni je lah ye :)
ini semua saya ambil dri 


Yang pertama :
WAJIB FOLLOW SARAH PYNA
WAJIB FOLLOW MAISARAH
WAJIB FOLLOW FAIZAL RAFFALI

Yang Kedua:
Wajib like fanpage ni Blog Bingkisan Hati untuk update dri semasa ke semasa..
Wajib jugak kilk fanpage ni Hijab Seeker !


Yang Ketiga :
Korang Tampal banner yg ade kt bawah ni ..   linkkan banner di bawah dengan link contest ni.  (sangat penting ok)



saya ade copy kan code ni . kene and must haha letak kat side korg ye :) tak kisah lah mana2 pon.. hewhew

<center>
<a href="http://sarahpynazainurin.blogspot.com/2012/11/contest-my-top-referral-by-blog.html" target="blank" title="HADIAH MENARIK DI SINI!!!"><img src="http://1.bp.blogspot.com/--B5uXXnkq9U/UKc-LjIhRdI/AAAAAAAACwA/n5nNOc1bLgM/s1600/bannertop.gif" width="200" height="200" /></a></center>

Yang keEmpat:
 Sila buat entry bertajuk "Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati", atau apa2 yg korg nak lah. Pemenang akan dipilih melalui referral yang tertinggi atau traffic yang paling tinggi, so ikot kretiviti masing2 lah nak buat mcm mana , setiap pengunjung yang datang meng'klik' banner tu akan menjadikan trafik dari blog korang sebagai referral link untuk blog ni. 

Yang keLima :

tinggal kan LINK korg kat sni .. boleh lah saya follow korg nnty .. itu je .. tak susah kn :p 

HADIAH PERTAMA:

SHAWL YANG HARGA DYE MAHAL DAN BERBALOI

HADIA KEDUA :

TOPUP RM30 KE MAXIS , CELCOM, DAN DIGI

HADIAH KE TIGA:

TOPUP RM10 KE MAXIS , CELCOM DAN DIGI

Tarikh Tutup:
17/12/2012 (11:59 PM)

Sunday, 18 November 2012

HANDBAG FOR SALE !!!


RM 50 
POSTAGE + RM 5 - SEMENANJUNG MALAYSIA
POSTAGE + RM 10 - SABAH SARAWAK 
WARNA - PURPLE


RM 50
POSTAGE + RM5 - SEMENANJUNG MALAYSIA
POSTAGE + RM 10 - SABAH SARAWAK
WARNA- PURPLE



RM 50 
POSTAGE + RM 5 - SEMENANJUNG MALAYSIA
POSTAGE + RM 10 - SABAH SARAWAK
WARNA - HITAM



RM 50
POSTAGE + RM 5 -SEMENANJUNG MALAYSIA 
POSTAGE + RM 10 - SABAH SARAWAK
WARNA - GRAY



RM 50
POSTAGE + RM 5 -SEMENANJUNG MALAYSIA 
POSTAGE + RM 10 - SABAH SARAWAK
WARNA - PINK, PURPLE , HITAM , KUNING, MERAH



Friday, 16 November 2012

PURSE FOR SALE !! semua dihujung jari !! ( ORDER, BAYAR DAN BARANG SMPI DI RUMAH :)




purse 
RM 25 
(termasuk postage)
warna: kuning, pink , hijau , oren... 





RM 35 
(termasuk postage)
warna : oren dan merah masih available 






RM 30
(termasuk postage)
warna : merah dan oren 


Wednesday, 14 November 2012

SHoppING ! at SEMBONIA IOI MALL !



SEMBONIA ?? 

Haha .. first time shopping kat sini dan habis beratus ! aku rasa ade RM1000
Orang lelaki akan cakap ini gila .. 
HAHA! 
bagi org perempuan yg selalu shopping akan anggap biasa ..
Tapi aku tak biasa OK ! 
Puas Mak and Kakak aku shopping kat sini .. 
Rambang mata and aku pon gila tengok dorg ni memilih ..
HAHA! 
nasib aku la tak dapat an .. 
SEBAB TAK KERJA LAGI ! haha 





Ini dia ! siap snap pic lagi .. 
HAHA! setahun sekali kan .. 



Mula2 masuk IOI MALL ..
pegi butik VIOR ! 
aku nmpak dah kasut ni ! 
Serius memang aku nak sangat !
Disebabkan tak dapat jenama sembonia tu ..
Aku BODEK lah MAK ..
dapat jugak kasut ni ..
hewhew .. 








Monday, 5 November 2012

NAK KURUS ?? CUBA PRODUK FELINNA ^_^




Ingin "KURUS" dengan Inchloss Felinna Beauty dalam masa yang SINGKAT!!
(Dengan Izin Allah)

Komen "SAYA NAK" di bawah!!

Memperkenalkan Produk Inchloss Felinna Beautyyang telah terbukti berkesan menurunkan berat badan ramai pelanggan di lua
r sana.

Inchloss Felinna Beauty bebas dari bahan kimia dan berbau harum ini telah berjaya mengajak ramai antara kita mendapat berat badan yang diIDAMKAN:)

[ISTIMEWANYA]

--->> MURAH,RINGAN dan TERBUKTI BERKESAN<<....

PAKEJ PROMOSI TERBAIK( Jimat masa,duit dan tenaga)!!!


RM75 untuk semenanjung
RM80 untuk sabah/sarawak
free pos.

Jimat Wang tapi KESAN TERBAIK

Sunday, 14 October 2012

kak farrah n abg faizi wedding's


Congrats KAK FARRAH & ABG FAIZI  ..


SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU ^_^



Masa kenduri terjumpa dengan NADIA NISA ..
Nadia nisa cousin sebelah lelaki ..
sempat lah snap pic dengan dia ... wink wink ^_^


Tiba2 macam berangan je nak jadi pengantin kan .. HAHA
Ish2 .. Lambat lagi lah .. 
Nak habis kan stdy dulu :)

COUSIN2 YANG GILA !! 







Sunday, 7 October 2012

SI JABLAY NYANYIAN SEMULA BUNGAKU INTAN VVIP


banyak setan ni !!!
hahaha ..
di sebabkan PEAH !!
Dia salah pilih lagu ..
And di sebabkan INTAN bayar dye terpaksa nyanyi..
Tak nak membazir kan .. hahaha
Mempersembahkan ..
si JABLAY OLEH BUNGAKU INTAN VVIP !!






video




Thursday, 4 October 2012

jadikan sebagai iktibar .. jangn lah minta hantaran melampau-lampau ^_^

Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
*
Teruna : Boleh ke?*

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

*
Teruna : Assalamualaikum.*

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
*
Teruna : Eh..*

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
*
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya*

Bapa Gadis : Oh..
*
Teruna : ??*

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
*
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.*

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
*
Teruna : Segan cik. Hehe*

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
*
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe*
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
*
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit*
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
*
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?*
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
*
Teruna : Berapa tu mak cik?*
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
*
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?*

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
*
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?*

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
*
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)*

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
*
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?*

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!
*
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?*

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
*
Teruna : Kali terakhir bila?*

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
*
Teruna : hmm..*

Ibu Gadis : Kenapa?
*
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?*

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
*
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?*

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

*
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.*

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
*
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?*

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
*
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.*

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
*
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.*

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
*
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?*

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

*Teruna *: Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

*Teruna : *Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
*
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?*

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
*
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.*

Bapa Gadis : Serius lah sikit.
*
Teruna* : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
*
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..*

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
*
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis*
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”

“ : )”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

sambut birthday ayah ^_^


HAPPY BIRTDAY AYAH .. semalam sambut birthday ayah .. kek ni dri mak sbb tu tulis happy birtday my belove hubby .. hanya sambut keluarga kami je.. tak jemput org lain kecuali ibu .. ibu ni kakak ayah ye .. bukn bini ayah .. haahha .. 

Wednesday, 3 October 2012

hApPy BiRThDaY AyaH ^_^


hari ni 3 OKTOBER 2012 genap umur ayah 49 .. walaupun umur dah meningkat tapi ayah tetap nampak muda dan hensem :) .. happy birthday ayah .. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .. terima kasih sebab jaga k.ngah , ayong dan adik2 .. kami sayang ayah sampai bila2 .. I LOVE U SO MUCH :)


Thursday, 20 September 2012

samsung champ untuk dijual


samsung champ untuk dijual .. masih elok dan boleh di pakai ..
harga RM 100
charge and kotak 
boleh pm atau email kat email ni pynazainurin92@yahoo.com



Sunday, 16 September 2012

SERONOK BER BLOG NI

Untuk pengetahuan kawan2 .. memang seronok ber blog ni .. Tempat kita luah kan perasaan, share problem.. tapi yang tak suka tu ta payah lah baca kan .. bende ni sebenarnya untuk suka2 je .. bukan untuk kita cari masalah .. bila2 bosan blog ni lah jadi teman kan .. bila tak ada kerja blog ni jugak lah yang buat kita ada kerja .. tapi sbnrnye aku ni ade kerja .. tak terbuat pulak .. hehe .. bila dah mengadap bende alah ni memang ssh nak buat bende lain .. hewhew .. n sebenarnya aku pon dah tahu nak tulis apa ni kan .. haha .. main bantai je lah apa yang terlintas kat otak ni .. tak ada ilham pon .. tu je lah kot yang terlintas . sorry kalau buat anda2 semua yang baca ni bosan .. ^_^ 

GALAXY NOTE IDAMAN HATI


Kalau lah dapat GALAXY NOTE ni .. bersyukur yang teramat ..
Tapi siapa lah yang nak bagi kan .. Nak kumpul duit tak tau bila lah dapt beli ni ...
Cantik nya .. nampak gaya nya dalam mimpi aje lah kan .. pakai blacberry curve 8520 ni pon dah bersyukur lah ^_^

Saturday, 15 September 2012

baru dalam bidang blog dan masih mencuba apa yang terbaik :)


Pyna masih mentah lagi dalam bidang berblogger ni ..
masih belajar serba sedikit tentang blog ..
Thanx to my aunty DEELA kerana ajar kita semua tentang blog ..
kalau masih ada yang kurang itu semua salah silap yang perlu diperbaiki :)
minta tunjuk ajar dari kawan2 yang sudi mengajar Pyna tentang blog :)